Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Monday, May 5, 2014

Gambar | Sekitar Majlis Resepsi Misha Omar dan Fiross Ezzwan di Kota Bahru

Berita paling mendapat perhatian peminat dunia hiburan (anda semua sekurang kurangnya) adalah pernikahan Misha Omar pada Jumaat lalu dan kali ini kami tampilkan beberapa gambar sekitar resepsi perkahwinan pasangan ini pula.




Majlis resepsi perkahwinan penyanyi, Misha Omar dan pasangannya Firos Ezzwan Rossly di
Hotel Renaissance Kota Bahru malam Jumaat lalu meriah dengan kehadiran kira-kira 450 tetamu terdiri dari kaum keluarga, media & rakan artis.

Keanggunan kedua-dua mempelai terserlah dengan busana berwarna merah hati yang membawa konsep mo­den kontemperori hasil rekaan Syaiful Baharim.





Misha Omar yang ditemui Utusan Malaysia selepas selesai majlis melahirkan rasa gembira dan bersyukur beliau dengan kehadiran rakan rakan artis meraikan majlis bermakna mereka berdua ini.

“Majlis ini telah dimeriahkan dengan rakan-rakan selebriti yang hadir menghiburkan tetamu dan ini adalah hadiah perkahwinan yang cukup bermakna buat saya. Selain itu, ini juga adalah tanda penghargaan saya untuk menyambut keluarga suami,” ujarnya.

“Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada te­ta­mu yang hadir & juga sentiasa mendoakan kebahagiaan kami,” tambahnya lagi. Berikut beberapa keping gambar pasangan pengantin baru ini untuk tatapan anda. 

No comments: