Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Friday, May 23, 2014

Gambar | Farriz Fauzi Bakal Tunang Erin Malek


Nampaknya cinta di alam siber semakin mendapat perhatian ramai termasuklah dikalangan selebriti. Itulah gambaran tepat mengenai juara Fear Factor musim kedua, Erin Malek yang semakin terbuka dalam perhubungannya bersama seorang pemuda. Jelas Erin, pemuda tersebut telah dikenalinya sejak empat bulan di laman sosial Instagram dan merupakan seorang yang rajin bekerja. Hubungan mereka juga semakin serius serta telah mendapat restu dari kedua-dua belah pihak keluarga.



Pasangan ini turut memaklumkan bakal melalui fasa seterusnya iaitu bertunang sebelum merancang untuk berkahwin. Pelakon muda ini telah sudi untuk berkongsi cerita gembira ini bersama peminat adalah kerana dia tidak mahu peminat dan orang ramai membuat cerita yang kurang elok mengenai mereka selepas ini.

Ditanya mengenai tarikh pertunangan, Erin mengakui masih didalam perancangan tidak lama lagi bersama Farriz Fauzi dan berjanji akan memaklumkan kepada pihak media secepat mungkin. Desas desus yang mengatakan bakal tunangnya itu merupakan anak VIP turut ditepis oleh pelakon ini dan hanya mengenali pemuda tersebut sebagai seorang yang amat bersederhana.

Mengenai perkembangan semasa, Erin baru saja terlibat dengan promosi filem terbarunya berjudul 'Awak Nak Kahwin Dengan Saya' dan bakal terlibat dengan penggambaran filem terbaru kelak. Diharap dengan berita gembira ini bakal menepis dakwaan negatif peminat terhadap pelakon ini.

No comments: