Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Akim Ahmad meluahkan perasaannya yang kini tidak lagi mendapat pelbagai tawaran daripada Astro sejak dua tahun lalu.
Akim turut memberikan pendapat Astro mungkin mengamalkan kronisme dan favoritism dalam
memberikan tawaran kepada selebriti tanah air.
Memetik portal Gua, Akim meluahkan, “saya sudah beberapa kali tidak dijemput untuk menjayakan program Raya, malah boleh dikatakan hampir dua tahun saya tidak terlibat dengan sebarang program Astro. Tidak dapat disangkal mereka mengamalkan konsep kronisme serta favoritism.
Sebaliknya, stesen televisyen lain banyak memberikan tawaran kepada saya untuk berlakon drama serta telemovie mereka. Stesen televisyen lain nampaknya lebih banyak menyokong serta membuka ruang kepada saya baik dari segi bidang lakonan serta nyanyian,” katanya.
Hmmm, mungkin Astro mahu memberikan peluang kepada Akim untuk berdikari sendiri dalam bidang seni selepas beberapa tahun di bawah kendalian pihaknya.
Tapi, tak tahulah mungkin Akim ada alasan kukuhnya yang tersediri kenapa dia berasakan seperti dipinggirkan oleh Astro.
No comments:
Post a Comment