Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, May 21, 2014

Suami Nafi Sudah Ceraikan Izreen Azminda, Hanya Failkan Penceraian

SUAMI kepada pelakon Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran.


Muhamad Riza yang juga jurukamera bebas berkata, dia baharu sahaja memfailkan permohonan cerai di mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih

menunggu tarikh untuk dipanggil oleh pihak mahkamah.

"Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi.

"Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi," katanya kepada mStar Online.

Muhammad Riza diminta mengulas laporan sebuah akhbar kononnya dia telah melafazkan cerai terhadap Izreen Azminda yang dilakukan di lokasi penggambaran sebuah drama di Pulau Pinang.

No comments: