Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Tuesday, May 6, 2014

Jenazah Datuk Aziz Sattar Selamat Dikebumikan

Jenazah pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn kira-kira jam 2.10 petang tadi iaitu selepas waktu Zohor.

BACA >> Tiada Lagi Bujang Lapok...Seniman Aziz Satar Meninggal Dunia


Terdahulu, jenazah telah dimandikan dan diuruskan di Surau Al- Amin, Bandar Tun Hussien
Onn lebih kurang jam 12 tengahari tadi.
Pengebumian jenazah turut dihadiri oleh ahli keluarga serta tetamu yang terdiri daripada anak seni dan selebriti tanah air yang memenuhi perkarangan surau.
Antara yang hadir ialah Datuk Sarimah Ahmad, Dato` Mustafa Maarof, Seniwati Rosnani Jamil, Aizat Amdan, Fizo Omar, Harun Salim Bachik, Nassier Wahab, Norlia Ghani, Badul, A. Galak, Dato' M. Nasir dan ramai lagi.
Bintang lagenda Datuk Aziz Sattar yang memulakan kerjaya seni perfilemannya di Jalan Ampas pada era 60-an telah meninggal dunia sekitar jam 2 pagi tadi di Hospital KPJ Kajang.
Pak Ajis yang sebelum ini sering membintangi filem-filem komedi bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee serta S Shamsuddin termasuklah siri Bujang Lapok telah meninggal dunia akibat sakit jantung yang dihidapinya selama beberapa tahun.

No comments: