Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Tuesday, May 6, 2014

Nad Zainal "Troll" Satu Malaysia Kata Sudah Putus Dengan Kekasih ???

Murai Batu terkejut apabila pelakon comel, Nad Zainal mengaku kepada media elektronik dalam sebuah rancangan hiburan Ahad lalu yang hubungan cintanya dan kekasih, Azwan Kombos sudah pun putus di tengah jalan.

Bukan apa, tiada angin tiada ribut tiba-tiba dia beritahu hubungan mereka sudah berakhir?

Malah, Murai Batu pelik mengapa Nad membuat pengakuan begitu, sedangkan kekasihnya Azwan baru sahaja memuat naik foto mereka bersama yang sedang gembira bersama 2 hari lalu, maknanya sehari sebelum program hiburan tersebut menyiarkan pengakuan Nad yang mereka sudah putus cinta.
Apa sebenarnya berlaku? Jika benar mereka sudah putus cinta mengapa Azwan masih memuat naik foto Nad dan tidak memadam gambar-gambar mereka bersama di dalam Instagram seperti Nad lakukan di akaunnya?
Apa yang membuatkan Murai Batu musykil lagi, Murai Batu baru sahaja terserempak dengan mereka berdua mesra berjalan bersama di ibu kota berdua, seolah-olah sedang dating seminggu yang lalu.
Pelik juga Murai Batu bila memikirkan kerana sejak bila hubungan mereka putus dan bilakah Nad buat pengakuan kepada media tersebut? Ianya seolah-olah tidak selari dengan pengakuan dan tindakan mereka.
Apakah yang cuba mereka lakukan? Adakah Nad dan Azwan sedang bersandirawa atau bergurau? Mengapa mudah mereka membuat keputusan putus cinta sedangkan baru Mac lalu mereka menghadiri kursus kahwin dan merancang untuk berkahwin.
Murai Batu rasa seperti ada perkara yang diselindungkan oleh mereka dan seperti mereka tidak telus dengan apa yang diberitahu kepada media. Tak mengapalah, hanya mereka sahaja yang tahu, tetapi tidak baik berbuat begitu kerana seolah-olah mereka sedang menipu.
Apa-apa pun, Murai Batu masih doakan yang terbaik buat hubungan mereka.

No comments: