Dia bukanlah orang yang terlibat secara langsung dalam bidang seni tempatan.
Namun namanya turut menjadi perhatian apabila bergelar tunangan kepada aktor Shahz Jaszle pada penghujung tahun 2012.
Setelah berdepan pelbagai episod hitam dengan bekas tunangnya itu, terbaharu, Redzwani
Puteri dilaporkan sudah bertapak menjadi duta bagi sebuah produk kecantikan.
Mungkin ini adalah hikmah di atas segala perjalanan serta kontroversi cinta yang dihadapi Redzwani sepanjang menjalinkan hubungan dengan Shahz.
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Shahz sudah pun memutuskan pertunangan mereka malah sudah mengumumkan pengganti Redzwani iaitu Hanis Husna yang ditayangkan si jejaka menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.
Redzwani yang merupakan bakal doktor ini, juga tidak kurang cantiknya untuk bergelar duta produk.
Mana tahu lepas ni ada produser pula berkenan nak ambil Redzwani sebagai pelakon, mana tahu kan?
No comments:
Post a Comment