Sudah tentu pernikahan Datuk Ramli MS dan Alyah yang terbongkar semalam cukup mengejutkan pengikut dunia hiburan tanah air. Kalau selama ini Alyah sering memberi ‘hint’ mengenai pernikahan mereka, kali ini tiada apa lagi yang harus disorokkan. Untuk makluman, Ramli MS dan Alyah telah bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun yang lalu. Sudah agak lama sebenarnya mereka menjalani kehidupan suami isteri.
Ura-ura perkahwinan komposer dan penyanyi terkenal ini bermula selepas Ramli MS secara tiba-tiba berpindah ke rumah miliknya sedangkan selama ini dia telah tinggal di hotel selama
10 tahun. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa mereka berdua merahsiakan perkara baik ini. Malah di dalam Islam sendiri diwajibka untuk menghebahkan perkahwinan dengan membuat kenduri. Dalam nada bergurau, Datuk Ramli MS menyatakan ia adalah hak asasi mutlak dirinya untuk merahsiakan perkahwinan. Kata Ramli MS:-Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya.Kamu semua ingat… macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi… hahaha. Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah.Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan. Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah… haha
Sekarang ini perkahwinan anda berdua bukan lagi rahsia, jadi dah tak perlu untuk malu-malu tampil bersama di depan khalayak ramai. Pasti ramai yang gembira dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Lebih penting, Alyah dah tak perlu tertekan memikirkan nak cakap apa mengenai status dirinya kepada media. Pasti Alyah rasa lebih tenang sekarang ini. Apa pun, selamat pengantin baru. Moga cepat-cepat menimang cahaya mata. Sumber Mstar Online.
No comments:
Post a Comment