Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Wednesday, September 3, 2014

Datuk Ramli MS Serah Dokumen Perkahwinan Di Pejabat JAIS

KONDUKTOR muzik terkenal Datuk Ramli MS akhirnya hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mengemukakan dokumen pernikahannya dengan penyanyi, Alyah hari ini.
ramli ms
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad kepada Berita
Harian.
Memetik laporan akhbar itu, Ramli MS hadir jam 3 petang bagi mengemukakan dokumen pernikahannya dengan Alyah pada 18 Mac lalu di Batam, Indonesia.
“Dokumen yang dibawa Ramli sudah diserahkan kepada pegawai penyiasat. Antara dokumen yang diserah seperti pasport perjalanan serta buku nikah pasangan berkenaan.
“Bagi melengkapkan siasatan pihak kami memohon supaya beliau menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan mereka. Keterangan dari pihak Ramli memuaskan hati pihak kami. Siasatan hari ini juga berjalan lancar,” katanya memetik Berita Harian.
Sebelum ini, pasangan terkenal dunia hiburan ini menggemparkan dunia hiburan apabila mendakwa telah berkahwin dengan penyanyi Alyah ketika diserbu pihak JAIS di kediamannya di Bandar Kinrara, Puchong pada 28 Ogos lalu, namun belum mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.
Susulan kekecohan itu, Ramli MS yang pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis resepsi kepada pihak umum bertindak menukarnya kepada majlis tertutup yang di khaskan kepada ahli keluarga dan sahabat rapat saja. Merajuk agaknya.
Macam-macam perangai selebriti terkenal ini. Nak buat macamana, awak tu sah-sahla popular, lagi di sorok lagilah orang nak tau.
Sekarang semua orang dah tahu dan mereka semua mendoakan kebahagian pasangan ini. Nanti kalau timang cahaya mata, kongsi-kongsilah dengan kami semua yer…

No comments: