Followers

Yang TERHANGAT Sepanjang Zaman

Sunday, September 7, 2014

Punca Shaheizy Menyambut Hari Lahir Di Hospital

Baru sahaja beberapa hari lepas Murai Batu ada cakap pasal hari jadi pelakon yang Murai Batu minat sangat, Shaheizy Sam jatuh pada hari ini 4 September tetapi baru sahaja Murai Batu tengok di Instagram dia yang dia kena tahan kat wad.

Kesian pulak birthday boy tetiba semalam dia ditimpa musibah dan difahamkan dia demam
dan sekarang ini sedang menjalani pemeriksaan selepas di syaki dijangkiti demam denggi atau viral fever.
Tetapi di dalam Instagram dia ada memuatnaik fotonya dengan tangan dimasuki air serta kapsyen “Birthday gift!!! Denggi la pulak” sebentar tadi. Sam yang menggunakan akaun @shaheizy_sam itu dimasukkan ke wad semenjak awal pagi tadi.
Murai Batu harapkan Sam akan cepat sembuh dan segera untuk keluar daripada hospital untuk menyambut hari kelahirannya bersama famili, rakan dan peminat sudah semestinya. Untuk pengetahuan semua, Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad dilahirkan pada 4 September 1982.
Bermakna kini Bintang Paling Popular sebanyak dua kali ini sudah menjangkau usia 32 tahun, tetapi tetap nampak macam muda kan? Cuma Murai Batu tak mahu Sam kurus sangat nanti dah tak comel macam selalu, eh?Opps, over pula nanti ada pula yang sakit hati dengan Murai Batu.
Maklumlah, Sam kan banyak peminat dan pemuja rahsianya, termasuklah Murai Batu juga. Selamat harijadi Sam, semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya! Amin.

No comments: